TERKINI, Malaysia dikejutkan dengan kes lelaki memakai baju wanita yang dihadapkan ke Mahkamah Sivil untuk tujuan pendakwaan. Yang pastinya, ramai mengetahui akan hal ini. Kes berlaku di Negeri Sembilan. Pihak pendakwa merupakan Kerajaan Negeri itu sendiri dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Manakala plaintif merupakan empat (4) orang jejaka yang berpakaian wanita.
Seksyen dalam Enakmen itu menyatakan: "Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan. Denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya."
Manakala dalam Bahagian II Artikel 5-13 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan hak individu mestilah berkeadaan bebas daripada sekatan yang menindas (yang dikenakan oleh pihak berkuasa ke atas tingkah laku seseorang atau pandangan politik). Dalam Bahasa Inggeris digelar "Public Liberties".
Pihak yang tertuduh dilepaskan tanpa tuduhan. Kes berpihak kepada plaintif berikutan Seksyen 66 dalam Enakmen Jenayah Syariah 1992 (Negeri Sembilan) tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan; lalu seksyen enakmen itu secara automatiknya terbatal. Mengapa ia terbatal? Kerana kesemua yang tertuduh (pondan) mempunyai surat khas daripada doktor mengatakan mereka mempunyai penyakit mental, krisis identiti jantina (GID) atau Gender Identity Disorder. Jadi mereka yang berpenyakit tidak boleh didakwa atas tuduhan tersebut.
Sebenarnya terlalu banyak aspek yang kita boleh sama-sama kongsi dan lihat. Perbincangan dan pandangan yang lebih luas adalah dituntut mengelakkan kita menjadi hakim mengalahkan segala hakim serta mufti. Ini kerana, jika kita mengganggap kita ini adalah hakim yang tidak bertauliah, maka hamburan menghina, mencaci-maki atau prosa idealis terhambur merata. Menyumpah seranah kepada sesetengah pihak bukan sahaja berlaku di dunia realiti tetapi lebih luas perikatanya di dalam laman sosial.
1. HUKUM
Disebutkan secara umum di dalam Al-Quran tetapi kelaknatannya disebut dengan jelas di dalam hadis sahih bahawa penyerupaan lelaki kepada wanita atau sebaliknya adalah dilaknat. Maka Ulama memperjelaskan dengan utuh bahawa perihal sebegini hukumnya HARAM. Baca sini untuk pencerahan hadis yang dimaksudkan http://rikzamaulan.blogspot.com/2011/05/hukum-menyerupai-laki-laki-menyerupai.html?m=1
Kita sedia maklum bahawa Al-Quran merupakan ibu, Hadis merupakan anak, Mazhab merupakan cucu, dan Ulama merupakan cicit-cicitnya. Percaya kepada Hadis ialah salah satu Rukun Iman. Senang cerita jika anda tak percaya kepada hadis, anda boleh terpesong imannya. Ramai yang mempertikaikan kesyumulan Hadis kerana kesahihan sesebuah hadis itu, boleh dipersoal.
Sebahagian daripada anda mungkin sama seperti saya, tidak mendalami ilmu sebegini kerana sibuk kejarkan dunia agar dunia mengiktiraf anda sebagai Melayu Liberal atau Melayu Radikal.
Persoalan yang boleh saya gariskan di sini, mengapa anda boleh percaya Al-Quran? Sedangkan Al-Quran juga merupakan satu prosa "perwarisan" dan hanya dibukukan pada zaman Khalifah Ar-Rashidin. Sama seperti Hadis, ia adalah "perwarisan" turun-temurun sejak beribu tahun. Ini bukan soal Feqah. Jika soal Feqah, peradabannya boleh dibahaskan tanpa kesudahan dan boleh diutarakan 1001 dalil untuk menguatkan nas. Ini soal HUKUM, soal Aqidah. Tergelincir Aqidah adalah perkara yang paling ditakuti umat Muhammad s.a.w.
Tempoh hari isu anjing. Isu sentuh anjing bagi saya tidak langsung akan membuatkan akidah anda terpesong. Kempen itu bertujuan baik tetapi perlaksanaannya haruslah diperkemas! lebih-lebih lagi ia melibatkan hukum-hukum Islam secara amnya; dan melibatkan umat Islam secara khususnya.
Ok, lupakan mengenai sentuh anjing. Terdapat juga pemimpin terulung negara turut memperkecilkan kredibiliti sesebuah Hadis sahih. Yang kelakarnya mereka ini bersolat dan menjalankan Rukun Islam yang lain, boleh pula ikut Hadis? Saya tidak mahu berbicara panjang mengenai hukum kerana saya tidak arif. Siapalah kita untuk mencabar Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Majlis Mufti, dan Majlis Ulama. Tetapi mereka ini tidak pernah menganggap umat yang lain sebagai kerdil. Segala pengutaraan hujah boleh dilakukan secara sihat tapi bukan bermakna berlandaskan undang-undang buatan manusia, jauh sekali hanya berkiblatkan logik akal semata-mata. Kerana kita sedia maklum bahawa terlalu banyak yang (kita) perlu percaya tentang perkara ghaib dan kewujudan alam yang tidak terfikir dek kewarasan minda logik manusia.
2. ENAKMEN JENAYAH SYARIAH
Seksyen 66 dalam Enakmen tersebut adalah jelas. Akan tetapi, mengapa hanya lelaki menyerupai wanita yang dihukum? Adakah enakmen itu ingin menjelaskan jika wanita berpakaian menyerupai lelaki pula adalah dibenarkan? Ini sama sekali diskriminasi terhadap undang-undang syariah yang dicipta sendiri. Tidak adil. Perlembagaan Persekutuan menyebut aspek undang-undang agama Islam (Syariah dan beberapa perkara lain) diletakkan di bawah perundangan negeri masing-masing. Perihal ini, bagi saya, suatu penyakit berjangkit yang amat berbahaya. Hampir setiap negeri mempunyai enakmen undang-undang Islamiahnya tersendiri. Di sini dapat kita saksikan yang keseragaman tidak wujud. Lain negeri, lain hukumnya. Lain undang-undang, lain dendanya.
Jika Seksyen 66 itu dinyatakan tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan, ini pelik. Kerana ke-sah-an pemakaian (establishment) sesebuah undang-undang itu bukanlah dibuat melalui proses satu hari sudah siap. Ia memakan masa yang panjang dan perlu diperdebatkan di dalam sidang dewan-dewan yang utama. Perkara mustahak yang dijadikan rujukan terpenting ialah Perlembagaan Persekutuan. Jadi, terlalu tipis kebarangkalian bahawa sesebuah rang undang-undang itu boleh diperkenan tetapi bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
3. SABIT KESALAHAN
Apa yang kita biasa saksikan sekarang ialah undang-undang berbentuk punitif, iaitu bersifat menghukum jika sabit kesalahan. Hukuman punitif adalah seperti denda, penjara, buang negeri dan sebagainya. Kita terlalu negatif untuk mewujudkan undang-undang bersifat rewarding (hadiah) atau hukuman proses pasif seperti denda sesi kaunseling, rest period (sesi rehatkan diri [kuarantin] daripada sebarang perbuatan) dan sebagainya. Apa yang mustahak bagi orang kita ialah menghukum, menghukum, dan menghukum. Jika analisa yang lebih menjurus kepada ingin mencari root cause dan symptom dilakukan secara meluas terhadap pesalah laku yang disabitkan di bawah enakmen jenayah syariah, ia akan lebih harmoni dan utuh. Itu lebih Islamiah. Bukanlah hanya mencari kesalahan lalu mendenda. Terutamanya kepada segolongan yang "khas" seperti penghutang kronik, individu yang rendah Emotional Quality (EQ) dan dalam kes ini, Pondan.
4. PENYAKIT
Keempat-empat plaintif pondan itu tidak wajar dibicarakan atas enakmen yang berkenaan kerana mereka menghidap peyakit GID. Apakah itu penyakit GID? GID ini salah satu permasalahan mengecam identiti kejantinaan diri sendiri. Lalu GID diklasifikasi sebagai satu penyakit. Oleh itu, mereka yang berpenyakit seperti ini tidaklah boleh sewenangnya kita dakwa atas tuduhan menyerupai wanita, atau sebaliknya. Ada beberapa perkara yang boleh kita sokong dan boleh juga kita sanggah dalam penyakit ciptaan manusia ini. Pengiktirafan GID ini sendiri sememangnya sudah lama dilakukan di dunia barat. Hal ini dititik-beratkan berikutan kajian demi kajian dilakukan terhadap manusia istimewa seperti Pondan dan Homoseksual.
Bagi insitusi kedoktoran barat, manusia istimewa ini berpenyakit mental. Lalu penyakit mental ini digelar GID. Siapa dan bagaimana pengiktirafan ini dilakukan terhadap pesakit tidaklah diketahui secara telus; dan standard perubatan juga berbeza-beza di setiap negara. Namun apa yang pasti, kecelaruan mengecam identiti diri sendiri telah menghumbankan mereka ke kancah GID. Adakah kecelaruan itu merupakan kerunsingan yang dibuat-buat? Adakah pesimistik itu secara semulajadi? Atau adakah kecenderungan disebabkan oleh perkiraan hormon majoriti?
Tidak diketahui.
5. HAK ASASI MANUSIA
Semua orang suka dengan hak asasi manusia. Kerana dengan undang-undang (hak asasi) dunia yang maya ini, kita berasa selamat dan sejahtera. Kita mempunyai perasaan sedemikian rupa kerana hak asasi kita adalah sama; iaitu sebagai manusia. Jadi kita boleh menyanyi lagu Justin Bieber yang tak sedap itu di pejabat, menari ketika keluar dari tandas, berkaki ayam bermain bola padang di kampung, membuat jambang serta misai ternakan macam Wak Doyok, dan banyak lagi.
Dan yang paling utama ialah, LESBIAN GAY BISEXUAL TRANSGENDER (LGBT) merupakan salah satu aspek tunjang hak asasi. Lelaki ber-perwatakan wanita atau wanita ber-perwatakan lelaki juga adalah hak asasi manusia. Apa sahaja dalil agama, perundangan negara atau konvensyen antarabangsa yang menentang autoriti sifat ini dianggap mencabul hak asasi manusia. Wow! Dahsyat bukan? Tetapi itulah realiti pejuang-pejuang ini merumuskan satu rumusan (kononnya?) wajib diterima sedunia.
Ok, mari kita andaikan sifat semula jadi. Apakah yang dimaksudkan dengan semulajadi? Semula jadi itu ialah: Apa yang "jadi" (kelahiran manusia misalnya), ia mestilah "asli" (sifat sedia ada). Maksud yang serba ringkas yang saya boleh fahamkan di sini ialah "kelahiran manusia yang sedia ada sifatnya" adalah hak asasi.
Kelakar juga sebenarnya. Kerana terdapat jurang yang besar antara nature (semula jadi) dan nurture (pupuk/pelihara). Bagi saya, selain daripada golongan Khunsa (dual-kemaluan/hormon sama banyak); pondan, lesbian, gay, bisexual dan transgender adalah sama sekali bukan tergolong dalam golongan semula jadi. Mereka itu ialah dalam kategori nurture. Diri mereka sendiri akan menentukan arah mana yang mereka mahu dorongkan diri mereka. Apabila tercetus agenda (boleh) menentukan sifat-sifat yang lain, hal ini bukanlah nature! Itu pilihan yang bercanggah dengan kesemula-jadian.
Saya faham. Katanya hak asasi manusia ini ialah perlakuan yang tidak menyakiti unsur alam (haiwan/tumbuhan/manusia) lain. Sebagai contoh, anda telan racun, mati. Anda bunuh diri. Adakah itu hak asasi? Anda memilih untuk hentikan "berketurunan" dengan menjalin hubungan sejenis. Adakah itu juga hak asasi? Anda menyuruh kawan anda menghentak kepala anda ke dinding. Adakah itu pun hak asasi?
Baiklah kita minum air Sarsi.
6. MEDIA MASSA
Jika benar keadilan mahu ditegakkan secara saksama, kita perlu segera hentikan double-standard (dua-patok). Jangan hanya mengintai dari satu skop. Untuk membetulkan (katanya) skim-skim manusiawi yang istimewa seperti pondan ini, kita harus peka daripada menghukum sewenangnya. Terlalu ramai lagi mak nyah di lorong-lorong gelap, pengkid di institusi-instusi pendidikan, ahli-ahli kelab gay, dan doktor-doktor klinik haram yang menjalankan transgender. Mengapakah perkara ini tidak dipandang serius oleh masyarakat dan agensi yang berkenaan?
Lihat sahaja di tetingkap laman sosial, di dalam petak televisyen, di corong-corong radio, dan di dada-dada akhbar; berapa kerapkah masyarakat kita mempraktikkan aksi pondan ini? Sangat kerap. Ada tindakan dikenakan? Hampir tiada. Malah perkara ini bercambah molek seperti cendawan dusun. Kita tak perlu gunakan pendekatan punitif (untuk segelintir) jika secara kolektifnya kita menutup mata terhadap pusat penyebaran pondan ini dalam arena yang lebih besar. Sesi kempen dan garis panduan yang lebih menyeluruh serta berperingkat nasional harus digembleng bukan sahaja secara domestik, tetapi secara terus-menerus. Bukannya kita terlalu asyik untuk menjentik segelintir; tapi kita memanjakan sebahagian besar yang lain.
Jika kawalan ketat Kerajaan boleh kenakan ke atas penyebaran maklumat melalui media massa berlandaskan Akta Hasutan; mengapakah Kerajaan tak boleh bertindak untuk mengawal media massa daripada mewar-warkan aksi yang bukan Islamisasi? Islam itu mudah dan indah. Prinsip perkongsian menduduki tanah air dengan berbilang agama sebenarnya boleh diharmonikan dengan cara perkongsian. Perkongsian yang lebih terbuka dan makruf.
Jangan hanya nak laung Hidup Melayu! Hidup Melayu! sahaja.
7. KEPEREMPUANAN / KELELAKIAN
Penat juga rupanya saya nak menulis kononnya nak menjalankan tanggungjawab sosial ni. Tidak mengapa, ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Seterusnya, berkenaan dengan keperempuanan dan kelelakian. Ada beza yang sangat ketara dalam lelaki yang hanya mengenakan pakaian wanita, dengan lelaki yang membenarkan duburnya diteroka. Apatah lagi lelaki yang telah mempunyai buah dada yang lebih montok daripada Hitomi Nakata, dengan lelaki yang ber-perwatakan lemah-gemalai. Ada bezanya. Ya kita tahu ada pondan yang profesional etikanya. Yang mana mereka tidak membuat pembedahan jantina, tidak berzina, tidak diliwat, tidak bernikah dengan kaum sejenis, dan tidak menuntut penukaran jantina di dalam kad pengenalan.
Mereka ini pondan yang beretika perilakunya. Mungkin mereka hanya memperagakan pakaian wanita dan berperilaku feminin. Sekali lagi yang kelakarnya, mereka ini pula yang sibuk mengecop diri mereka menghidap penyakit GID. Saya rasa seperti mahu menjentik telinga mereka dengan derasnya. Ya benar, perbuatan ini pun kita boleh anggap HARAM. Tetapi kita juga harus lihat, banyak lagi yang lebih kronik daripada golongan ini ibarat apa yang saya perkatakan di atas tadi.
Kata kunci. Panduan. Kita seperti sesat dalam terang. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat dan pakaian lelaki sejati? Apa pula yang disama-ertikan dengan sifat dan pakaian perempuan sejati? Kita tidak tahu. Kita tidak tahu kerana kita tidak diberitahu atau pemimpin-pemimpin yang berkenaan pun tidak tahu bagaimana untuk ambil tahu lalu memberitahu kepada kita yang tidak ketahuan segelintirnya, dan ada juga yang pura-pura tidak ketahuan bagi segelintir yang lain. Kerana di dalam Islam, peniruan perwatakan dengan jantina berlawanan itu jelas hukumnya HARAM. Kita ini ibarat diberikan bantal peluk tetapi tidak diberitahu untuk tidur di atas tilam yang mana.
Satu lagi mis-conception (salah konsep) masyarakat kita ialah terhadap lelaki yang ber-perwatakan lembut (sotong) dan wanita yang ber-perwatakan kasar (tomboi). Secara saintifik harfiahnya, hormon mereka lebih cenderung kepada sifat sebegitu. Mereka ini BUKAN, BUKAN dan BUKAN golongan Mukhannas (tukar/tiru jantina lain). Kita mudah menghukum dan membenci mereka walhal mereka tidak bersalah langsung malah tidak dicop HARAM oleh hukum. Kita seharusnya boleh membezakan ada lelaki yang lembut tetapi tidak mencuba meniru perwatakan wanita, mereka ini bukan Pondan! Saya sendiri ada rakan yang bersifat sebegitu. Kedua-dua mereka sekarang bahagia bersama anak dan isteri mereka. Pondankah mereka? Mengapa kita sebagai manusia yang berlagak sejati ini melebih-lebihkan prejudis dan stereotaip terhadap mereka? Bagi saya, orang yang tersalah konsep ini dan menghukum sewenangnya itu yang sebenarnya jakun dan bodoh.
Maaf ya, terkasar pula.
8. KESIMPULAN
Hentikan sebarang caci-maki dan tuding-menuding sembarangan. Memulihkan adalah lebih baik daripada meletihkan (pakat hentam semberono). Progresiflah ke arah objektif yang lebih jelas. Tetapi, bagaimanakah kita nak memandu otak dan jasad ke arah objektif yang lebih jelas, sedangkan negara ini sendiri keliru dengan dasarnya. Negara Islam-kah? Atau negara Sekular-kah? Atau negara Pluralisma-kah? Atau negara Kediktatoran-kah?
Bagi saya, carilah jalan yang jauh untuk capai harmoni. Bukan cari jalan yang singkat untuk memisahkah madani.
Terima kasih!
****
KHAS
CERPEN: Zack, kau Gaban!
CERPEN: Zack, kau Gaban!
Teringat aku akan pesan emakku dengan kedaifan hidup semasa emak mengendongkan aku 9 bulan dan 11 hari tiga-suku, membuncit di dalam abdomennya. Waktu itu teknologi dan kewangan berjalan seiringan yang mana abah dan emak masih terngiang sama ada aku bakal dilahirkan di rumah atau di hospital. Setelah beberapa kali melakukan pemeriksaan dengan kerajaan, teori bahawa aku adalah seorang bayi perempuan telah dimomokkan oleh para jururawat dan doktor ketika itu. Ya, bayi perempuan. Kebarangkaliannya sangat tinggi. Kesahihan pada ketika itu tidak dapat dibuktikan kerana tiada mesin pengimbas untuk perut emak. Lalu abah dan emak berdiskusi sesama mereka tentang nama bertuah yang akan diberikan kepada puteri sulung mereka.
"Nurul Ain," kata abah kepada emak. Emak menggangguk setuju kerana kesegaran dan kesederhanaan abah dalam memilih nama yang padan dengan kriteria kesukaannya. Tanggal 11 Zulkaedah, aku bakal dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. Emak terlantar, berperang di atas katil hospital selama 4 jam. Aku masih belum mampu untuk melihat dunia. Abah dan emak ternanti-nanti dengan penuh tabah. Mereka sudah tidak sabar mendengar teriak pertama puteri sulung mereka. Tepat detik menghampiri 10 minit jam ke-5, Nurul Ain pun dilahirkan. Alangkah terkejutnya setiap insan di dalam wad itu bahawa Nurul Ain yang mereka impikan mempunyai sepasang testis dan sebatang penis!
Abah dan emak berpandangan sesama sendiri menjalin jambatan kebingungan dalam tangisan kegembiraan. Abah sedar bahawa nama seindah Nurul Ain tidak boleh diberikan kepada bayi itu. Ini mengambilkira yang bayi itu adalah seorang bayi laki-laki! Walaupun tidak menjadi satu dosa jika seseorang anak jantan dianugerahkan dengan nama perempuan, abah dan emak mencapai kata putus. Mereka akan kekalkan perkataan "Nurul" tetapi tidak perkataan "Ain". Dengan barakah dan karamah tuhan, aku dibesarkan dengan cukup hormon lelaki. Zat-zat anak jantan mula terpancar apabila tumbesaran aku menuju ke zaman muda remaja. Aku tidak memakai baju ibu dan aku juga tidak mengenakan lipstik di bibir ku. Ya, aku, lelaki. Lurus dan tegak. Mujur juga emak tak pernah melaungkan kepada aku, "abang, pakailah baju emak dalam almari tu kalau abang nak."
Aku tetap dengan baju bundel yang setia aku beli dari pasar malam. Bukan apa, aku berkawan baik dengan Zack; merupakan seorang budak perempuan yang lagi ganas daripada aku. Yang kadang-kadang aku panggil dia Gaban.
Woi Gaban!
dalam tulisan anda yang berjela ini, ingin saya tegaskan bahawa QURAN dan hadith adalah terlalu berbeza. 'kata-kata Allah' dan 'kata-kata/perlakuan nabi/manusia' adalah sangat berbeza.
ReplyDeletesaya faham maksud anda dalam ayat "Persoalan yang boleh saya gariskan di sini, mengapa anda boleh percaya Al-Quran? Sedangkan Al-Quran juga merupakan satu prosa "perwarisan" dan hanya dibukukan pada zaman Khalifah Ar-Rashidin. Sama seperti Hadis, ia adalah "perwarisan" turun-temurun sejak beribu tahun." tapi, tolong faham dan bezakan bahawa Quran dan Hadith adalah berbeza sama sekali. Ayat Quran adalah tidak boleh disanggah, manakala hadith boleh dipertikai mengenai kesahihan, benara atau palsu.
perlu fahamkan dulu perbedaan antara Syariah dengan Fiqh. apa-apa pun, tulisan yang bagus. buat rujukan dan kajian lebih lagi.
Bersetuju kepada tidak bersetuju. Terima kasih! Maaf kerana saya masih kudus. Evolusi rujukan dan kajian akan saya pertingkatkan. Boleh tuit atau emel saya untuk klarifikasi lanjut. =)
Delete