Sambutan Hari Kekasih (Valentines Day) dikecam hebat oleh pemikir radikal muslim kerana sejarah sambutan hari tersebut adalah titik tolak pengorbanan paderi kristian terhadap kekasihnya, secara rumus. Bagi yang bukan Islam, saya rasa tiada masalah untuk meraikan sambutan V-Day ini. Namun proses pengolahan dan pengambilan ciri-ciri yang berfaedah dari sambutan ini, turut menyumbang ke arah positif.
Contohnya, sejarah berkenaan timbulnya V-Day ini kita tolak tepi sebab memang sesat dan menyesatkan. Namun bagi suami isteri, pecinta haiwan, pecinta tumbuhan, dan sebagainya boleh sahaja mendeklarasi istilah 'kekasih' kepada jasad yang bukan haram dan bercanggah dari Islam. Hangat-hangat tahi kucing jika hanya pada tarikh V-Day ini sahaja penguatkuasaan dilakukan besar-besaran di luar jangkaan oleh JAKIM bagi membendung maksiat berleluasa di Malaysia. Tidak perlu menanti V-Day, mengapa tidak menyerbu disko-disko, pub-pub, pusat karaoke atau Hotel Mewah secara rawak dan kerap? Mengarut! Pasal aspek ni, bukan sahaja V-Day malah Doggie-Day, 69-Day, DJ-Day, Ecstasy-Day, dan bermacam-macam Day lagi boleh dibanteras yang mana memang terang lagi bersuluh (tapi aktiviti Day-Day lain ni memang dipraktis dalam gelap sahaja :) ) perlakuan MMM (Mabuk, Marijuana, Maksiat) dilakukan setiap hari setiap malam!
Malaysia digemparkan apabila Ustaz Azhar Idrus menyatakan bahawa Hari Ibu adalah haram disambut berikutan sejarahnya juga bersangkut-paut dengan seorang sister kristian. Yang peliknya, Majlis Fatwa tidak pula berkata apa-apa di dalam kekeliruan yang timbul ini. Oleh kerana ia tidak menjurus ke arah kemaksiatan, jadi Hari Ibu bukanlah satu isu yang menggusarkan. Hello! Apa yang UAI perkatakan ialah bukan berkenaan implikasinya, tetapi sejarahnya. Dipetik daripada ceramah UAI di Terengganu berkenaan Hari Ibu, beliau memaklumkan bahawa Ibu mestilah dihargai setiap hari dan bukanlah pada hari tertentu sahaja. Kata beliau: Jika terdapatnya sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa, mengapa tiada pula pihak yang hendak menyambut Hari Pakcik, Hari Datuk Nenek dan sebagainya? Jelas. Aku sangat jelas dengan pendirian UAI sebagai pendakwah bebas.
Mengucapkan hari-hari tertentu adalah sangat berlainan jika kita menyambutnya. Pada sambutan Hari Wesak tempoh hari, aku bertungkus lumus mempersiapkan gajet kamera aku untuk mengambil seberapa banyak foto 'live' semasa upacara sambutan itu oleh kaum beragama Buddha. Aku turut memberikan minuman kepada sekretariat upacara itu memperlihatkan keadaan mereka yang sangat letih dan aku juga menghamburkan ucapan "rileks, jangan pengsan" kepada mereka. Adakah aku dikategorikan sebagai sesat? Sebenarnya kelembutan dan pertuturan yang baik adalah kunci kepada Islamisasi yang halus. Jika hanya perihal sejarah menjadi ukuran halal haram sesuatu perkara yang disambut, ini adalah satu pekara yang tidak adil kecuali nas dan dalil jelas menyatakannya di dalam Al-Quran. Contohnya ialah anjing, babi, arak, dadah, zina dan sebagainya.
Tidak menjadi satu kesalahan jika Hari Ibu ini dijadikan satu tema kemasyarakatan di peringkat nasional khusus bagi mengangkat martabat seorang wanita begelar Ibu tanpa mencampur-adukkan sejarah Hari Ibu pengikut Katolik ke dalamnya. Jika kewujudan sambutan atau perilaku sesuatu hanya dilakukan justifikasi merangkumi aspek sejarah sesuatu golongan sahaja, terdapat ribuan perkara yang mengelirukan akan timbul. Pemakaian tali leher dan kemeja berkolar adalah amalan Yahudi membuat persidangan, memakai topi berbentuk kon adalah amalan ritual pembaptisan Piory of Sion, membuat kenduri tahlil arwah adalah bukan amalan di zaman Rasulullah dan sebagainya. Kesimpulannya, dasar penerimaan sejarah budaya luar dan kehebatan internet adalah di bawah pengadilan terhadap diri masing-masing.

Jika ia dikatakan elok, maka sebarlah. Jika ia dikatakan sebaliknya, maka dijauhilah. Pokok pangkalnya ialah diri kita dan pegangan kita. Selagi kita dipaksi yang tidak menyesatkan atau terpesong, itu sudah memadai. Janganlah akta yang tertentu dan hukum yang tertentu hanya semata mahu membela segelintir pihak serta menyalahkan segerombolan yang lain. Pandanglah secara umum dan berperilakulah seadilnya.