22 Oct 2014

PUISI: Nazak

Tatkala sakitku semakin parah,
Namun aku masih berdamping dengan tidak peduli,
Kerana aku,
Tidak pernah percaya sebutir zarah,
Tentang tuhan yang kau ucap berkali-kali.

Tatkala sakitku menusuk ke otak,
Terlantar aku di kotak dan petak,
Di tempat busuk himpunan manusia haprak,
Yang tidak senyum tidak pula gelak.

Cahaya putih menyala di sudut sana,
Tatkala sakitku di tahap paling hina,
Datang dua lembaga putih,
Aku letih,
Aku merintih,
Mereka berwajah bengis dan pipih.

Tatkala sakitku tidak tertanggung,
Lembaga itu di hadapan kini mencangkung.
Suasana sunyi dan penuh tangis,
Papa menangis,
Mama menangis,
Uncle menangis,
Tapi lembaga senyum ketawa,
HA HA HA
Tangannya gagah berisi,
HI HI HI
Hey bodoh! Pergi mampus kau keluar!
HA HA HA

Aku meronta menjerit semua,
Dungu benarkah mereka pekakkan telinga?
Papa masih menangis,
Mama masih menangis,
Uncle masih menangis.

Lembaga mengacukan muka,
Mendekati muka ku.
Sedepa jadi sehasta,
Sehasta jadi sejengkal,
Kini aku dangkal,
Lembaga menyoal,

HA HA HA
Kau mahu merintih kepada siapa?
HI HI HI
Kau tak percaya tuhan, ya?