9 Oct 2014

PUISI: Euphoria

Euphoria bersuka ria.
Bersuka ria terbangkan lara.
Tak pernah detik kesedaran kau muncul.
Pseudo, hilang hiba yang bacul.
Lampu neon menyala tambat kaki kau di meja.
Tanam mata kau di celahan asap durjana.
Lantai bergegar berantakan impiana kau ke sini sana.
Setitik boleh jadi sebaldi.
Sebaldi boleh jadi sekolam.
Dunia kau, kelam.

Euphoria kau di tempat itu.
Hiruk pikuk umpama siulan si merpati biru.
Mungkin ada tertusuk bauan asap.
Entah kan rokok atau cuma kau mahu melelap.
Kerana pagi esok tika mata kau buka.
Tak terlewatkah kau memperlihatkan lain jendela?

Euphoria kau tak sama dengan euphoria aku.
Tatkala kau buang semua, aku kejarkan syurga.
Euphoria kau mungkin sama dengan euphoria dia.
Sebab kalau kau ke neraka, dia juga mahu ke sana.
Euphoria aku tak setaraf euphoria kau.
Ketika yang 5 waktu itu aku puja.
Kau pula anggap malam wanita sebagai penghenti masa.